Assalamualaikum......salam sejahtera dan selamat berhari Jumaat...dah hari Jumaat pun..terasa begitu cepat masa berlalu. Sehari menjadi seminggu bertukar bulan dan tanpa sedar bertukar tahun..bila bercakap tentang masa, kita semua takkan mampu untuk menahan atau menghalang mahupun menghentikan edaran waktu. Lalu beruntunglah bagi mereka yang mampu mengoptimumkan 24 jam yang diperolehi. Bagi saya dan mungkin semua orang pun, 24 terasa begitu pendek untuk melangsaikan tugas yang saban hari menanti dan menunggu untuk dibereskan..
Namun jika waktu dapat diuruskan dengan baik,terlalu banyak pula masa yang tersisa yang mungkin bagi sesetengah orang dimanfaatkan untuk merilekskan otak dan otot yang penat bekerja..( TIDO ). Betul lah kata orang, orang yang sibuk akan lebih menghargai masa..kadang - kadang terdetik rasa cemburu dengan mereka yang dapat menguruskan 24 jam dengan baik..manakan tidak..jadual harian tersusun cantik bermula dari terbit matahari hingga ke malam dan segalanya selesai jam 11 mlm dan sedia untuk merehatkan badan..nampaknya terpaksa lah menjengah ke kedai buku hujung minggu ini untuk mencari panduan menguruskan masa..baru sekarang nak belajar menguruskan masa?its better late than never...betul tak?
Jumpa lagi...dan selamat berhujung minggu

No comments:
Post a Comment