About Me

My photo
Muadzam Shah, Pahang, Malaysia

Sunday, 29 May 2011

Aku Terima Nikahnya...

Assalamualaiikum,,,,bertemu kembali setelah agak sekian lama menyepikan diri..sibuk la sangat..bila dah selesai segalanya..baru la boleh rehat dengan rehat yang agak panjang...

Semalam merupakan hari kemuncak untuk segala kesibukan..sebetulnya sibuknya sudah bermula hampir sebulan yang lalu..maklumlah bila ada agenda yang paling penting dalam mengubah 'title' seseorang, persiapan yang dibuat bukan lah sekadarnya sahaja, bak kata pepatah, melepaskan batuk ditangga sahaja..bagi saya pula, kalau dah alang - alang mandi tu biarlah basah..alang - alang menyeluk pekasam, biar sampai ke paras lengan wahhh...banyak pulak pepatah melayu kali ni..

Tatkala tiba dirumah mak..mata saya tercari - cari kelibat pengantin..aii..kat luar takde, jengok dibilik pengantin..amboi..lawanya..adik bongsu saya dah ,dewasa bila dimekap sebegitu, lengkap dengan persalinan tema ' off white'..cantiknya..bergenang juga air mata bila teringat kisah kami adik beradik yang kesemuanya perempuan ini..bakal menjadi milik orang adikku itu dalam sedikit masa lagi..kalau dulu adik ( dipanggil Busu ) memang menjadi penghibur kami..maklumlah jarak umur kak long, kak ngah dan saya memang rapat, Busu pula 8 tahun bezanya dengan saya..sudah pasti banyak sungguh keletah dan kerenah Busu yang masih terlekat difikiran saya..kenangan mengacau Busu dengan menukar ayam ( ayam saya lebih kecik berbanding Busu ) memang tidak luput diingatan saya..menangis - nangis dia..sekarang sudah terlalu dewasa untuk kami bergurau sedemikian rupa..alamak!..air mata mengalir pulak..

Pernah beberapa diketika dulu,nama Razin ( anak sulung saya ) sering tertukar dengan Busu..tersasul dalam memanggil nama keduanya..selalu jugalah saya mendapat jelingan ala - ala manja dari suami..'amboi..tak lekang nama adik dia, sampai anak pun dipanggil adik..' saya hanya mampu tersenyum kelat..karektor
nakal+manja Razin itu mengingatkan saya pada Busu...aiiiiihhhhh...yang kelakarnya setiap kali balik ke rumah ibu, pantang berjumpa, ada saje yang nak digaduhkan..gaduh - gaduh manja gitu..

Tepat pada pukul 11. 00 pagi, penuhlah rumah mak dengan rombongan dari sebelah pihak sang ajuna ( wahhh!) Busu diiring keluar dari bilik pengantin, duduk ditempat yang dihias cantik untuk mendengar lafaz ijab dan kabul yang bakal berlangsung..Diketika itu,teringat saya memori lebih 4 tahun lalu..disitulah juga tempat saya berada dulu, lantas saya dapat rasakan debaran didada Busu..dalam beberapa minit lagi, Busu bakal menjadi hak milik kekal kekasih hatinya itu..Setiap inci gelagat Busu, senyumnya, jelingnya, tunduknya malah ketika ekor matanya mencuri pandang bakal adik ipar saya itu, semuanya dalam perhatian saya..sesekali mak andam mengelap - ngelap peluh kecil Busu..mahu saja saya bisikkan..' rileks la Busu'..tapi risau pula mak disebelah yang tak rileks tu akan menyubit saya..

Ketika lafaz 'Aku terima nikahnya.....' diucapkan..hati saya menjadi sayu..adik bongsu saya itu bakal menjadi milik orang..tambah hiba apabila ucapan keramat itu disahkan oleh saksi - saksi yang sedia mendengar setiap butir perkataan yang diluahkan..maka rasmilah kini pemilikan itu..ketika mak dan Busu berpelukan,kelihatan Busu mengangguk - angguk kepalanya..barangkali banyak pesan+ nasihat+amanat yang mak titipkan pada anak bongsunya itu sepertimana yang mak pernah bisikkan pada saya dulu..melihat momen itu air mata saya mengalir deras..( saya ni jiwa sensintip sangat ke?) Rupa - rupanya rasa sayu hiba itu saya kongsi bersama 3 lagi kakak - kakak Busu yang lain..

Selesainya perjanjian ikatan suci itu semalam, maka selesailah segala penantian, kesibukan dan kerja keras kami sekeluarga dalam menzahirkan tambatan janji, ikatan kasih sayang antara 2 jiwa..segala apa yang direncana dan dirancang temakbul jua..apa yang pasti..tugas kami sudah selesai..tapi tugas adikku itu baru sahaja bermula sebagai isteri yang setia dan bakal ibu yang baik untuk anak - anaknya kelak.. Doa kami agar Busu akan sentiasa disayangi dan dicintai sebagaimana kami sekeluarga menyayangi dan mencintainya...selamat berbahagia wahai adik bongsuku...



Monday, 16 May 2011

Aprisiasi Dari Guru Untuk Guru... ( Bahagian 1 )

Assalamualaikum..bertemu kembali..rasa bersemangat pula hari ni..tahu kenapa?tentulah kerana penangan dari tarikh 16 Mei..dari pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah, semuanya maklum tentang tarikh keramat ini kan?Tentulah sambutan Hari Guru..tak kiralah bagaimana dan dimana sambutan ini dilakukan,tetapi yang pasti, objektif utamanya tentulah untuk meraikan guru - guru disamping menunjukkan rasa kasih sayang, hormat dan penghargaan yang tidak berbelah bagi terhadap pengorbanan, keringat dan penat lelah guru mendidik mereka selama ini...

Bercerita tentang penghargaan untuk guru, ingin sekali saya imbas kembali jejak - jejak di alam persekolahan yang memberi impak yang maha kuat dalam membentuk saya menjadi seperti saya hari ini...maaf sekiranya tulisan saya seterusnya ini banyak membicarakan / menyebut nama guru - guru subjek Matematik..( alamak! jangan ada yang marah yeee..)

Guru pertama saya yang terkenal dengan garang dan tegas tentulah ayahnda tercinta..teringat saya bagaimana ayah 'memaksa' kami 3 beradik ( kak long, kak ngah dan saya ) untuk menghafal sifir..diketika itu saya baru berusia 7 tahun..tergagap2 kami menghafal sifir dari buku latihan yang dibahagian belakangnya tertera sifir 1 - 12..( ada lagi ke buku mcm tu skarang ni ?)tapi ayah lupa, anak2 perempuannya ni pantang dicabar..memang berjaya kami menghafalnya..itu pun setelah ayah memberi beberapa pengukuhan dan bertanya secara spontan..( 7 x 9 berapa = ? )haaaa...berpeluh jugak nak jawab pada permulaannya..ternyata pendekatan ayah terhadap dunia matematik sedari kecil memang menjuruskan saya terhadap kecintaan kepada dunia penuh angka ini...ayah selalu cakap..' nak bijak mengira, sifir mesti dok dalam perut'..( haaaa?dalam perut ? )

Menginjak ke zaman persekolahan, semestinya lah subjek kegemaran saya adalah........( penuhkan sendiri )Bersemangat pula rasanya apabila banyak soalan pengiraan dapat saya bereskan dengan mudah..( pastinya kerana asas yang kukuh yang dibekalkan oleh ayah )..Bukanlah semua soalan Matematik di Tahap 1 mampu saya siapkan dengan mudah. Di satu ketika ketika dalam Darjah 2, guru Matematik saya, Mr. Lee meminta saya untuk menyelesaikan soalan topik Pecahan (Fraction)..dek kerana salah dalam menjawab soalan, saya didenda berdiri di atas kerusi..hahhaha..namun kenangan itu teramat manis untuk saya lupakan begitu sahaja..dan hukuman dari Mr Lee itu saya jadikan sebagai sempadan untuk saya terus menerus memahirkan diri bagi topik Pecahan..Terima kasih cikgu..(selepas itu, takde lagi hukuman untuk saya..)Ketika saya di Tahun 5 dan 6...guru Matematik saya bernama Cikgu Fauzi..yang paling saya takkan lupa ialah apabila cikgu saya ini begitu tekun dan rajin mengadakan kelas tambahan untuk subjek Matematik..uniknya setiap kali kelas tambahan, cikgu akan memberi sebilangan soalan - soalan Matematik untuk dijawab dan sesiapa yang dapat menyelesaikannya, bolehlah balik awal berbanding yang lain...sudah pasti saya antara orang yang terawal...emmm..suka..suka..

Bersambung di Bahagian 2...tunggu....




Saturday, 14 May 2011

Final Exam...target..sasaran..kekalutan...

Assalamualaikum....bersua kembali setelah agak lama saya menghilang..sibuk sangat sampai tak menyempat nak update blog..emmm..nak buat macam mana..bila dah hampir menjelang final exam,cikgu cikgi pun sibuk, nak buat extra class la, nak cetak set soalan latihan la...sama naik dengan kesibukan pelajar nak buat preparations....isk..isk..

Bercakap tentang final exam atau peperiksaan akhir, tersenyum saya sendirian..teringat kekalutan sewaktu belajar di USM 10 tahun dulu..nak catch - up balik study,nak hantar assignment,nak jmpa lecturer,nak check carried marks dan macam2 lagi..itu belum masuk lagi bab masa tu baru nak form group discussion..tentu skali kekalutan itu saya kongsi dengan geng saya yang memang terkenal dengan study last minute..( geng tak insaf-insaf..hahhaha...)Seperti biasa bila dah insaf..library la tempat bersarang dari pagi sampai ke malam..kelakar jer..Lantas bila saya melihat kekalutan, kerisauan dan ke'stress' an pelajar2 saya..paham saya dengan situasi mereka..ini baru diperingkat menengah wahai pelajarku..belum lagi diperingkat matrikulasi atau universiti...ok..cerita pasal life saya kat U, sy akan kongsi di entry  seterusnya..

Seperti biasa menjelang final exam, saya pasti meletakkan satu target yang tidak boleh tidak mesti dicapai oleh pelajar saya..target tersebut memang selalu sangat disebut apabila waktu kelas,tapi makin hampir exam,makin keraplah menjadi sebutan saya..memandangkan pula subject Additional Mathematics bukanlah subjek yang boleh dibaca dan dihafal sahaja,makanya pelbagai set soalan disediakan untuk pelajar2 kesayangan..kerap saya berkata..'biar sampai temuntah jawab Add Maths..' dek kerana subjek ini memerlukan stategi, kaedah dan teknik menjawab yang betul, kalau dapat soalan terpijak pun,belum tentu pelajar tersebut dapat menjawab dengan baik..

Berbalik kepada target untuk subjek ini..biasalah,kalau tak dapat capai,alamatnya ada la 'habuan' menanti pelajar..itu yang menakutkan sikit, tetapi sedikit sebanyak mampu memberi kekuatan kepada pelajar untuk study secara luar biasa..ternyata ancaman yang kalau dilihat dari sudut positifnya, sebenarnya dapat mencungkil kebolehan sebenar pelajar..pelajar acapkali tersilap mentafsir niat sebenar cikgu yang memberi denda / hukuman terhadap apa yang mereka tidak dapat capai..dan pastilah sebelum meletakkan sesuatu sasaran/target, cikgu dapat membaca atau menduga keupayaan pelajar..mana mungkin pelajar yang agak sederhana ditarget untuk mendapat A+, mungkin cuma B+ atau A sahaja,walaupun end product nanti ( SPM ) pastilah itu yg kita mahu..target haruslah sesuai dengan keupayaan pelajar itu..

Jadi, untuk semua pelajar kesayangan cikgu ( walaupun mereka tak baca entry ini ), cikgu dengan setulusnya berdoa supaya anda semua dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik serta dilapangkan dada ketika berjuang di medan peperiksaan..cikgu tak mengharapkan lebih, cukuplah dengan kejayaan cemerlang dan gred yang baik untuk anda semua kongsi bersama keluarga setibanya keputusan itu dirumah kelak..cikgu hanya dapat tersenyum sendiri dan berkata '..itulah usaha yang kamu lakukan selama ini, cikgu hanya membantu supaya ianya menjadi lebih baik...'

Salam sayang..
- Cikgu Samihah -