Assalamualaikum..bertemu kembali..rasa bersemangat pula hari ni..tahu kenapa?tentulah kerana penangan dari tarikh 16 Mei..dari pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah, semuanya maklum tentang tarikh keramat ini kan?Tentulah sambutan Hari Guru..tak kiralah bagaimana dan dimana sambutan ini dilakukan,tetapi yang pasti, objektif utamanya tentulah untuk meraikan guru - guru disamping menunjukkan rasa kasih sayang, hormat dan penghargaan yang tidak berbelah bagi terhadap pengorbanan, keringat dan penat lelah guru mendidik mereka selama ini...
Bercerita tentang penghargaan untuk guru, ingin sekali saya imbas kembali jejak - jejak di alam persekolahan yang memberi impak yang maha kuat dalam membentuk saya menjadi seperti saya hari ini...maaf sekiranya tulisan saya seterusnya ini banyak membicarakan / menyebut nama guru - guru subjek Matematik..( alamak! jangan ada yang marah yeee..)
Guru pertama saya yang terkenal dengan garang dan tegas tentulah ayahnda tercinta..teringat saya bagaimana ayah 'memaksa' kami 3 beradik ( kak long, kak ngah dan saya ) untuk menghafal sifir..diketika itu saya baru berusia 7 tahun..tergagap2 kami menghafal sifir dari buku latihan yang dibahagian belakangnya tertera sifir 1 - 12..( ada lagi ke buku mcm tu skarang ni ?)tapi ayah lupa, anak2 perempuannya ni pantang dicabar..memang berjaya kami menghafalnya..itu pun setelah ayah memberi beberapa pengukuhan dan bertanya secara spontan..( 7 x 9 berapa = ? )haaaa...berpeluh jugak nak jawab pada permulaannya..ternyata pendekatan ayah terhadap dunia matematik sedari kecil memang menjuruskan saya terhadap kecintaan kepada dunia penuh angka ini...ayah selalu cakap..' nak bijak mengira, sifir mesti dok dalam perut'..( haaaa?dalam perut ? )
Menginjak ke zaman persekolahan, semestinya lah subjek kegemaran saya adalah........( penuhkan sendiri )Bersemangat pula rasanya apabila banyak soalan pengiraan dapat saya bereskan dengan mudah..( pastinya kerana asas yang kukuh yang dibekalkan oleh ayah )..Bukanlah semua soalan Matematik di Tahap 1 mampu saya siapkan dengan mudah. Di satu ketika ketika dalam Darjah 2, guru Matematik saya, Mr. Lee meminta saya untuk menyelesaikan soalan topik Pecahan (Fraction)..dek kerana salah dalam menjawab soalan, saya didenda berdiri di atas kerusi..hahhaha..namun kenangan itu teramat manis untuk saya lupakan begitu sahaja..dan hukuman dari Mr Lee itu saya jadikan sebagai sempadan untuk saya terus menerus memahirkan diri bagi topik Pecahan..Terima kasih cikgu..(selepas itu, takde lagi hukuman untuk saya..)Ketika saya di Tahun 5 dan 6...guru Matematik saya bernama Cikgu Fauzi..yang paling saya takkan lupa ialah apabila cikgu saya ini begitu tekun dan rajin mengadakan kelas tambahan untuk subjek Matematik..uniknya setiap kali kelas tambahan, cikgu akan memberi sebilangan soalan - soalan Matematik untuk dijawab dan sesiapa yang dapat menyelesaikannya, bolehlah balik awal berbanding yang lain...sudah pasti saya antara orang yang terawal...emmm..suka..suka..
Bersambung di Bahagian 2...tunggu....

No comments:
Post a Comment