About Me

My photo
Muadzam Shah, Pahang, Malaysia

Sunday, 29 May 2011

Aku Terima Nikahnya...

Assalamualaiikum,,,,bertemu kembali setelah agak sekian lama menyepikan diri..sibuk la sangat..bila dah selesai segalanya..baru la boleh rehat dengan rehat yang agak panjang...

Semalam merupakan hari kemuncak untuk segala kesibukan..sebetulnya sibuknya sudah bermula hampir sebulan yang lalu..maklumlah bila ada agenda yang paling penting dalam mengubah 'title' seseorang, persiapan yang dibuat bukan lah sekadarnya sahaja, bak kata pepatah, melepaskan batuk ditangga sahaja..bagi saya pula, kalau dah alang - alang mandi tu biarlah basah..alang - alang menyeluk pekasam, biar sampai ke paras lengan wahhh...banyak pulak pepatah melayu kali ni..

Tatkala tiba dirumah mak..mata saya tercari - cari kelibat pengantin..aii..kat luar takde, jengok dibilik pengantin..amboi..lawanya..adik bongsu saya dah ,dewasa bila dimekap sebegitu, lengkap dengan persalinan tema ' off white'..cantiknya..bergenang juga air mata bila teringat kisah kami adik beradik yang kesemuanya perempuan ini..bakal menjadi milik orang adikku itu dalam sedikit masa lagi..kalau dulu adik ( dipanggil Busu ) memang menjadi penghibur kami..maklumlah jarak umur kak long, kak ngah dan saya memang rapat, Busu pula 8 tahun bezanya dengan saya..sudah pasti banyak sungguh keletah dan kerenah Busu yang masih terlekat difikiran saya..kenangan mengacau Busu dengan menukar ayam ( ayam saya lebih kecik berbanding Busu ) memang tidak luput diingatan saya..menangis - nangis dia..sekarang sudah terlalu dewasa untuk kami bergurau sedemikian rupa..alamak!..air mata mengalir pulak..

Pernah beberapa diketika dulu,nama Razin ( anak sulung saya ) sering tertukar dengan Busu..tersasul dalam memanggil nama keduanya..selalu jugalah saya mendapat jelingan ala - ala manja dari suami..'amboi..tak lekang nama adik dia, sampai anak pun dipanggil adik..' saya hanya mampu tersenyum kelat..karektor
nakal+manja Razin itu mengingatkan saya pada Busu...aiiiiihhhhh...yang kelakarnya setiap kali balik ke rumah ibu, pantang berjumpa, ada saje yang nak digaduhkan..gaduh - gaduh manja gitu..

Tepat pada pukul 11. 00 pagi, penuhlah rumah mak dengan rombongan dari sebelah pihak sang ajuna ( wahhh!) Busu diiring keluar dari bilik pengantin, duduk ditempat yang dihias cantik untuk mendengar lafaz ijab dan kabul yang bakal berlangsung..Diketika itu,teringat saya memori lebih 4 tahun lalu..disitulah juga tempat saya berada dulu, lantas saya dapat rasakan debaran didada Busu..dalam beberapa minit lagi, Busu bakal menjadi hak milik kekal kekasih hatinya itu..Setiap inci gelagat Busu, senyumnya, jelingnya, tunduknya malah ketika ekor matanya mencuri pandang bakal adik ipar saya itu, semuanya dalam perhatian saya..sesekali mak andam mengelap - ngelap peluh kecil Busu..mahu saja saya bisikkan..' rileks la Busu'..tapi risau pula mak disebelah yang tak rileks tu akan menyubit saya..

Ketika lafaz 'Aku terima nikahnya.....' diucapkan..hati saya menjadi sayu..adik bongsu saya itu bakal menjadi milik orang..tambah hiba apabila ucapan keramat itu disahkan oleh saksi - saksi yang sedia mendengar setiap butir perkataan yang diluahkan..maka rasmilah kini pemilikan itu..ketika mak dan Busu berpelukan,kelihatan Busu mengangguk - angguk kepalanya..barangkali banyak pesan+ nasihat+amanat yang mak titipkan pada anak bongsunya itu sepertimana yang mak pernah bisikkan pada saya dulu..melihat momen itu air mata saya mengalir deras..( saya ni jiwa sensintip sangat ke?) Rupa - rupanya rasa sayu hiba itu saya kongsi bersama 3 lagi kakak - kakak Busu yang lain..

Selesainya perjanjian ikatan suci itu semalam, maka selesailah segala penantian, kesibukan dan kerja keras kami sekeluarga dalam menzahirkan tambatan janji, ikatan kasih sayang antara 2 jiwa..segala apa yang direncana dan dirancang temakbul jua..apa yang pasti..tugas kami sudah selesai..tapi tugas adikku itu baru sahaja bermula sebagai isteri yang setia dan bakal ibu yang baik untuk anak - anaknya kelak.. Doa kami agar Busu akan sentiasa disayangi dan dicintai sebagaimana kami sekeluarga menyayangi dan mencintainya...selamat berbahagia wahai adik bongsuku...



Monday, 16 May 2011

Aprisiasi Dari Guru Untuk Guru... ( Bahagian 1 )

Assalamualaikum..bertemu kembali..rasa bersemangat pula hari ni..tahu kenapa?tentulah kerana penangan dari tarikh 16 Mei..dari pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah, semuanya maklum tentang tarikh keramat ini kan?Tentulah sambutan Hari Guru..tak kiralah bagaimana dan dimana sambutan ini dilakukan,tetapi yang pasti, objektif utamanya tentulah untuk meraikan guru - guru disamping menunjukkan rasa kasih sayang, hormat dan penghargaan yang tidak berbelah bagi terhadap pengorbanan, keringat dan penat lelah guru mendidik mereka selama ini...

Bercerita tentang penghargaan untuk guru, ingin sekali saya imbas kembali jejak - jejak di alam persekolahan yang memberi impak yang maha kuat dalam membentuk saya menjadi seperti saya hari ini...maaf sekiranya tulisan saya seterusnya ini banyak membicarakan / menyebut nama guru - guru subjek Matematik..( alamak! jangan ada yang marah yeee..)

Guru pertama saya yang terkenal dengan garang dan tegas tentulah ayahnda tercinta..teringat saya bagaimana ayah 'memaksa' kami 3 beradik ( kak long, kak ngah dan saya ) untuk menghafal sifir..diketika itu saya baru berusia 7 tahun..tergagap2 kami menghafal sifir dari buku latihan yang dibahagian belakangnya tertera sifir 1 - 12..( ada lagi ke buku mcm tu skarang ni ?)tapi ayah lupa, anak2 perempuannya ni pantang dicabar..memang berjaya kami menghafalnya..itu pun setelah ayah memberi beberapa pengukuhan dan bertanya secara spontan..( 7 x 9 berapa = ? )haaaa...berpeluh jugak nak jawab pada permulaannya..ternyata pendekatan ayah terhadap dunia matematik sedari kecil memang menjuruskan saya terhadap kecintaan kepada dunia penuh angka ini...ayah selalu cakap..' nak bijak mengira, sifir mesti dok dalam perut'..( haaaa?dalam perut ? )

Menginjak ke zaman persekolahan, semestinya lah subjek kegemaran saya adalah........( penuhkan sendiri )Bersemangat pula rasanya apabila banyak soalan pengiraan dapat saya bereskan dengan mudah..( pastinya kerana asas yang kukuh yang dibekalkan oleh ayah )..Bukanlah semua soalan Matematik di Tahap 1 mampu saya siapkan dengan mudah. Di satu ketika ketika dalam Darjah 2, guru Matematik saya, Mr. Lee meminta saya untuk menyelesaikan soalan topik Pecahan (Fraction)..dek kerana salah dalam menjawab soalan, saya didenda berdiri di atas kerusi..hahhaha..namun kenangan itu teramat manis untuk saya lupakan begitu sahaja..dan hukuman dari Mr Lee itu saya jadikan sebagai sempadan untuk saya terus menerus memahirkan diri bagi topik Pecahan..Terima kasih cikgu..(selepas itu, takde lagi hukuman untuk saya..)Ketika saya di Tahun 5 dan 6...guru Matematik saya bernama Cikgu Fauzi..yang paling saya takkan lupa ialah apabila cikgu saya ini begitu tekun dan rajin mengadakan kelas tambahan untuk subjek Matematik..uniknya setiap kali kelas tambahan, cikgu akan memberi sebilangan soalan - soalan Matematik untuk dijawab dan sesiapa yang dapat menyelesaikannya, bolehlah balik awal berbanding yang lain...sudah pasti saya antara orang yang terawal...emmm..suka..suka..

Bersambung di Bahagian 2...tunggu....




Saturday, 14 May 2011

Final Exam...target..sasaran..kekalutan...

Assalamualaikum....bersua kembali setelah agak lama saya menghilang..sibuk sangat sampai tak menyempat nak update blog..emmm..nak buat macam mana..bila dah hampir menjelang final exam,cikgu cikgi pun sibuk, nak buat extra class la, nak cetak set soalan latihan la...sama naik dengan kesibukan pelajar nak buat preparations....isk..isk..

Bercakap tentang final exam atau peperiksaan akhir, tersenyum saya sendirian..teringat kekalutan sewaktu belajar di USM 10 tahun dulu..nak catch - up balik study,nak hantar assignment,nak jmpa lecturer,nak check carried marks dan macam2 lagi..itu belum masuk lagi bab masa tu baru nak form group discussion..tentu skali kekalutan itu saya kongsi dengan geng saya yang memang terkenal dengan study last minute..( geng tak insaf-insaf..hahhaha...)Seperti biasa bila dah insaf..library la tempat bersarang dari pagi sampai ke malam..kelakar jer..Lantas bila saya melihat kekalutan, kerisauan dan ke'stress' an pelajar2 saya..paham saya dengan situasi mereka..ini baru diperingkat menengah wahai pelajarku..belum lagi diperingkat matrikulasi atau universiti...ok..cerita pasal life saya kat U, sy akan kongsi di entry  seterusnya..

Seperti biasa menjelang final exam, saya pasti meletakkan satu target yang tidak boleh tidak mesti dicapai oleh pelajar saya..target tersebut memang selalu sangat disebut apabila waktu kelas,tapi makin hampir exam,makin keraplah menjadi sebutan saya..memandangkan pula subject Additional Mathematics bukanlah subjek yang boleh dibaca dan dihafal sahaja,makanya pelbagai set soalan disediakan untuk pelajar2 kesayangan..kerap saya berkata..'biar sampai temuntah jawab Add Maths..' dek kerana subjek ini memerlukan stategi, kaedah dan teknik menjawab yang betul, kalau dapat soalan terpijak pun,belum tentu pelajar tersebut dapat menjawab dengan baik..

Berbalik kepada target untuk subjek ini..biasalah,kalau tak dapat capai,alamatnya ada la 'habuan' menanti pelajar..itu yang menakutkan sikit, tetapi sedikit sebanyak mampu memberi kekuatan kepada pelajar untuk study secara luar biasa..ternyata ancaman yang kalau dilihat dari sudut positifnya, sebenarnya dapat mencungkil kebolehan sebenar pelajar..pelajar acapkali tersilap mentafsir niat sebenar cikgu yang memberi denda / hukuman terhadap apa yang mereka tidak dapat capai..dan pastilah sebelum meletakkan sesuatu sasaran/target, cikgu dapat membaca atau menduga keupayaan pelajar..mana mungkin pelajar yang agak sederhana ditarget untuk mendapat A+, mungkin cuma B+ atau A sahaja,walaupun end product nanti ( SPM ) pastilah itu yg kita mahu..target haruslah sesuai dengan keupayaan pelajar itu..

Jadi, untuk semua pelajar kesayangan cikgu ( walaupun mereka tak baca entry ini ), cikgu dengan setulusnya berdoa supaya anda semua dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik serta dilapangkan dada ketika berjuang di medan peperiksaan..cikgu tak mengharapkan lebih, cukuplah dengan kejayaan cemerlang dan gred yang baik untuk anda semua kongsi bersama keluarga setibanya keputusan itu dirumah kelak..cikgu hanya dapat tersenyum sendiri dan berkata '..itulah usaha yang kamu lakukan selama ini, cikgu hanya membantu supaya ianya menjadi lebih baik...'

Salam sayang..
- Cikgu Samihah -


Thursday, 28 April 2011

Pilihan..pilihan...

Assalamualaikum...emmm..dah lama sangat rasanya tak menulis..tiada kesempatan masa sebenarnya..Petang tadi ketika memasuki sebuah kedai menjual cenderamata,sambil - sambil mata meliar mencari - cari cenderamata untuk satu sambutan di bulan Mei, mata saya tertangkap satu kata - kata yang begitu cantik ditampal di dinding kedai tersebut..' pilihlah dengan pilihan yang bijak, jika tak mampu untuk memilih, akurlah dengan pilihan orang lain'...Amboi begitu mendalam sekali maksudnya tu..puitis sungguh!

Bercakap mengenai pilihan,seawal mula pandai menilai dan waras berfikir,kita sebenarnya telah membuat pilihan..pilihan untuk memakai pakaian kegemaran, warna kegemaran..membaca majalah kegemaran, menonton chanel kegemaran..dan banyak lagi perkara yang dilakukan berlandaskan pilihan sendiri..Semakin meningkat dewasa kita terdedah dengan pelbagai lagi pilihan yang mana akan memberi kesan pada masa hadapan..Pilihan tempat belajar, kolej mana?universiti mana?dalam negarakah atau mengembara ke negara orang?bidang perubatankah?engineering?accounting?atau mungkin bidang keguruan?emmmm..ada yang menggeleng kepala dengan pilihan terakhir itu?

Pilihan yang kita buat haruslah mengambil kira pelbagai aspek..baik buruknya..impak pilihan kita terhadap orang - orang yang kita sayangi..meranakah mereka?seronokkah mereka..redha kah mereka dengan pilihan kita itu?berubahkah kehidupan mereka tanpa kehadiran kita?emmm..banyak yang harus diteliti..banyak hati yang perlu dijaga..Di usia remaja jugalah jiwa bergelora dengan rasa cinta, sayang, kasih, rindu..dendam..sekali lagi pilihan yang terbaik harus dibuat..pilih lah si dia sebagai pendamping kita menggunakan kayu pengukur yang paling tepat..pilih dengan mengambilkira selera sendiri, pendapat ibubapa, pandangan keluarga..serta orang sekeliling..pilihan biarlah menggunakan ketajaman akal dan dipandu pandangan hati..usah silap dalam percaturan..nanti merana badan..

Melangkah ke alam pekerjaan tentunya lebih mencabar..pilihan pastinya harus dibuat sepantas masa berlalu..pilihlah untuk bekerja dengan rasa ikhlas, rasa seronok, bersemangat...Atau..boleh saja memilih untuk bekerja biasa - biasa saja..menjadi kakitangan yang biasa - biasa saja..menyudahkan rutin harian sekadarnya sahaja..bekerja hanya untuk memenuhi tuntutan  masa bekerja tanpa menyumbang apa - apa..lalu, jadilah kita orang yang biasa - biasa..masa yang dihabiskan dan usia kita akan terbazir begitu sahaja tanpa nilai kualiti..Dalam bidang keguruan ini,pilihan yang tepat harus dibuat setiap kali kaki melangkah..pilihlah untuk bertemu anak - anak  didik dengan rasa bersemangat, berkobar - kobar, bermotivasi..berperasaan ingin mendidik dan membentuk mereka..insya - Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Nya..Lantas,kita seakan terlupa batasan masa di sekolah yang dijadualkan terhenti dipertengahan hari..bekerja hingga ke lewat petang seakan rutin..bukankah ini pilihan kita?...berlapang dada lah...

Salam sayang...

Thursday, 21 April 2011

CaNTik

Assalamualaikum.....cantik tak kita hari ni?Jangan terburu menjawab soalan itu, pergilah ke cermin dan senyumlah..emmm..cantik kan?Semua orang mempunyai perspektif yang berbeza tentang definisi cantik..ada yang mentakrifkan cantik untuk yang kurus,tinggi, berkulit cerah, berhidung mancung..ditambah lagi dengan pakej intelektual yang tinggi serta kaya dan beriman..amboi...ada berpendapat cantik apabila berpakaian mahal, bertudung Ariani, kasut warna sedondon dan handbag berjenama Coach!..uishhh..hebat! Ada yang menyatakan cantik apabila sedap mata memandang..emmm..ada yang kata cantik terletak pada warna pakaian yang dikenakan..kalau pink..terasa cantik la sangat..kalau kelabu..rasa suram..ada ke?
Dunia hari ini terlalu memesongkan pemikiran kita dalam mentakrifkan konsep cantik yang hakiki. Apa tidaknya, lihat saja aksesori tambahan yang berlambak dipasaran..tentunya kaum wanita mengenali (kalaupun bukan memiliki) bulu mata palsu, rambut palsu, dan pelbagai lagi yang palsu..tidak cukup dengan itu, trend terbaru, suntik sana,suntik sini..vitamin C, kalogen, Botox..jauh sungguh kita terpesong..Segala macam yang tersedia ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi nafas baru bagi makna kecantikan..katanya berdagu runcing itu cantik, berkulit putih gebu itu cantik, berbulu mata panjang dan lebat itu cantik..dan macam - macam lagi..lalu bagi mereka yang imannya senipis kulit bawang,terbitlah rasa tidak bersyukur..

Persoalannya, siapakah kita untuk menentukan bagaimana rupa paras kita?Teralpakah kita terhadap kuasa yang Paling Agung?Dia lah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik dan pastinya paling sempurna dan cantik untuk kita..Siapalah kita untuk mengubah segala yang telah cantik terbentuk selama 9 bulan 10 hari itu?Mengapa kita tidak bersyukur? Segala yang diciptakan untuk kita adalah yang terbaik dan paling sempurna..Perlu juga diingat, kesempurnaan dan kecantikan yang tersedia adalah pinjaman semata - mata..lambat laun akan diambil juga oleh Yang Berhak.

Lantas, usahlah terlalu risau tentang kecantikan luaran yang pastinya akan pudar dan lusuh seiring perubahan waktu. Yakinlah kecantikan hakiki terletak pada hati dan hanya mereka yang memandang dengan pandangan hati sahaja yang mampu mengagumi dan menghayati kesempurnaan itu. Usah biarkan hati yang cantik tadi tercemar dek bisikan - bisikan nafsu yang akhirnya menjurus kepada sesuatu yang palsu. Jadilah diri kita seumpama mawar,cantik dan harum..namun dipagari duri berbisa..! Renung - renungkan....dan selamat berhujung minggu


Tuesday, 19 April 2011

Alasan...alasan..

Assalamualaikum...bertemu lagi kita di entry saya ke 3 ini..terasa keinginan untuk terus menulis amat membara..seperti yang saya nyatakan sebelum ini..' teruja kerana mempunyai blog sendiri '..namun masa yang tersedia beberapa hari yang lalu digunakan untuk menguruskan perkara lain yang jauh lebih penting dari rasa keterujaan saya ini..lalu terhentilah seketika aktiviti penulisan saya itu..Namun kesempatan masa yang sedikit terluang ini ingin saya manfaatkan sebaik mungkin..memetik phrase dari salah satu filem kegemaran saya, 'My Best Friend's Wedding'..if you don't grab the chance, the time will pass you by..dalam sungguh maksudnya tu..

Bercakap mengenai alasan..ramai dari kita yang tersenyum kambing..seperti terkena dibatang hidung sendirikah?emmm...pernah reka pelbagai alasan untuk melepaskan diri?Hakikatnya untuk mencipta satu alasan yang sempurna dan cantik memerlukan satu gambaran minda yang sempurna..otak kita dipaksa bekerja keras untuk membentuk satu imej baru yang belum pernah dialami atau dilakukan oleh anggota fizikal kita..bayangkan betapa susahnya!!saya bagi satu contoh kita terover due dalam melaksanakan sesuatu task yang diamanahkan kepada kita..ummmm..saya percaya berpeluh juga kita mencari 1001 alasan untuk meyakinkan boss yang sebenarnya ianya bukanlah kekhilafan mutlak kita..1001 alasan?usah terburu mencari 1001 alasan..cukuplah dengan 1 alasan yang munasabah, meyakinkan dan kedengaran cerdik..haa..susah tu sebenarnya..silap - silap, lagi banyak berpeluhnya dari mencari 1001 alasan..ehh..saya sedang memberi tips kah?

Sebenarnya situasi diatas hanya gambaran dimana betapa susahnya untuk mereka atau mencipta suatu alasan bagi menutup kelemahan. Terkadang integriti dan jati diri akan melayang dek kerana ingin cuba membersihkan 'nama baik'.Apalah salahnya mengakui kelemahan dan kesalahan itu, lantas memohon maaf dengan berhikmah disamping sematkan dalam jiwa dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu.Otak kita juga tidak perlu bekerja berkali ganda! Terlalu banyak lagi agenda penting dan kritikal yang perlu dianalisis dan ditafsir oleh sang otak..Otak harus dilatih untuk mentafsir sesuatu yang benar sahaja,bukan mengada - adakan sesuatu yang tiada..takut nanti dek kerana terbiasa dengan latihan 'mencipta' sesuatu yang tiada, otak terus - terusan mencipta imej yang tidak nyata..lalu hiduplah kita seperti angan - angan Mat Jenin..yang diangankan tak dapat, sakit jatuh dari pokok kelapa yang dapat...

Selamat berfikir....emmm..jangan cari alasan malas berfikir pulak ye...Salam sayang..

Saturday, 16 April 2011

Asal buruk jadi baik...

Salam...bersua kembali..rupa - rupanya bila dah lama tidak mengarang atau lebih tepat lagi 'menulis',sebenarnya payah untuk datang idea..walau bagaimanapun,dek kerana teruja dengan adanya blog sendiri,perasan ingin menulis begitu membuak - buak...manakan tidak,disini lah medan untuk saya berkongsi idea dan cetusan rasa dalam bentuk garapan penulisan..harap idea yang dicurahkan kali ini memberi manfaat pada sesiapa yang sudi membaca..( ada ke?)..

Beberapa hari yang lepas,setelah kerja dirumah sudah dibereskan,tergerak untuk saya membuka satu chanel TV yang dah lama dipandang sepi..maklumlah..dunia hari ini penuh dengan pilihan,chanel TV juga berpuluh - puluh..malah chanel radio juga terdapat di TV..maju sungguh..tanpa disangka- sangka,chanel yang bukan pilihan saya itu sedang mengutarakan satu perbincangan yang bagi saya amat terkesan pada saya hingga sekarang..ASAL BURUK, JADI BAIK..

Pernahkah kita terfikir jika sebelum ini kita selalu memikirkan perkara yang buruk mendahului yang baik?memikirkan yang buruk - buruk bermakna membiarkan minda kita dikuasai oleh pemikiran yang negatif yang lambat launnya akan menjurus pula kepada perbuatan yang negatif. Tidak terhenti disitu sahaja, pemikiran dan perbuatan yang telah terkoordinasi ini lambat laun akan membentuk pula tabiat atau akhlak yang negatif.

Adakah setiap keadaan kita perlu berfikiran baik?persoalan ini timbul apabila kita harus mengakui adanya nafsu yang hakikatnya mendorong ke arah keburukan..Disinilah cantiknya fitrah Allah..nafsu harus dilentur dan dididik..nafsu yang tidak terdidik akan menjerumuskan kita kearah kebinasaan..biar kita yang menguasai nafsu,jangan nafsu menguasai kita..

Jadi berfikirlah kita sejenak..sejauh mana telah kita biar minda dan fikiran kita untuk memproses input yang negatif dan buruk?berfikirlah secara positif dan baik,lambat laun akan menjadikan kita insan yang lebih baik..bukankah menjadi lebih baik itu impian setiap dari kita?