Assalamualaikum...emmm..dah lama sangat rasanya tak menulis..tiada kesempatan masa sebenarnya..Petang tadi ketika memasuki sebuah kedai menjual cenderamata,sambil - sambil mata meliar mencari - cari cenderamata untuk satu sambutan di bulan Mei, mata saya tertangkap satu kata - kata yang begitu cantik ditampal di dinding kedai tersebut..' pilihlah dengan pilihan yang bijak, jika tak mampu untuk memilih, akurlah dengan pilihan orang lain'...Amboi begitu mendalam sekali maksudnya tu..puitis sungguh!
Bercakap mengenai pilihan,seawal mula pandai menilai dan waras berfikir,kita sebenarnya telah membuat pilihan..pilihan untuk memakai pakaian kegemaran, warna kegemaran..membaca majalah kegemaran, menonton chanel kegemaran..dan banyak lagi perkara yang dilakukan berlandaskan pilihan sendiri..Semakin meningkat dewasa kita terdedah dengan pelbagai lagi pilihan yang mana akan memberi kesan pada masa hadapan..Pilihan tempat belajar, kolej mana?universiti mana?dalam negarakah atau mengembara ke negara orang?bidang perubatankah?engineering?accounting?atau mungkin bidang keguruan?emmmm..ada yang menggeleng kepala dengan pilihan terakhir itu?
Pilihan yang kita buat haruslah mengambil kira pelbagai aspek..baik buruknya..impak pilihan kita terhadap orang - orang yang kita sayangi..meranakah mereka?seronokkah mereka..redha kah mereka dengan pilihan kita itu?berubahkah kehidupan mereka tanpa kehadiran kita?emmm..banyak yang harus diteliti..banyak hati yang perlu dijaga..Di usia remaja jugalah jiwa bergelora dengan rasa cinta, sayang, kasih, rindu..dendam..sekali lagi pilihan yang terbaik harus dibuat..pilih lah si dia sebagai pendamping kita menggunakan kayu pengukur yang paling tepat..pilih dengan mengambilkira selera sendiri, pendapat ibubapa, pandangan keluarga..serta orang sekeliling..pilihan biarlah menggunakan ketajaman akal dan dipandu pandangan hati..usah silap dalam percaturan..nanti merana badan..
Melangkah ke alam pekerjaan tentunya lebih mencabar..pilihan pastinya harus dibuat sepantas masa berlalu..pilihlah untuk bekerja dengan rasa ikhlas, rasa seronok, bersemangat...Atau..boleh saja memilih untuk bekerja biasa - biasa saja..menjadi kakitangan yang biasa - biasa saja..menyudahkan rutin harian sekadarnya sahaja..bekerja hanya untuk memenuhi tuntutan masa bekerja tanpa menyumbang apa - apa..lalu, jadilah kita orang yang biasa - biasa..masa yang dihabiskan dan usia kita akan terbazir begitu sahaja tanpa nilai kualiti..Dalam bidang keguruan ini,pilihan yang tepat harus dibuat setiap kali kaki melangkah..pilihlah untuk bertemu anak - anak didik dengan rasa bersemangat, berkobar - kobar, bermotivasi..berperasaan ingin mendidik dan membentuk mereka..insya - Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Nya..Lantas,kita seakan terlupa batasan masa di sekolah yang dijadualkan terhenti dipertengahan hari..bekerja hingga ke lewat petang seakan rutin..bukankah ini pilihan kita?...berlapang dada lah...
Salam sayang...

Tak semua pilihan adalah yang terbaik, kadang-kadang memilih untuk menjadi yang berbeza adalah baik untuk satu-satu situasi. hahaha. apa aku cakap ni sha?? ntah aku pun takpaham.
ReplyDeletesetuju..setuju sesangat..jgn takut untuk berbeza dan terbeza..hehhehe
ReplyDelete