Assalamualaikum....bersua kembali kita..ini first entry saya diwaktu cuti sekolah..saya jangka bila cuti sekolah banyak masa terluang dan bolehlah saya aktif ber blog..rupa - rupanya sangkaan saya meleset sama sekali..macam - maca pulak agenda yang seakan - akan tersusun menanti setiap hari untuk dilangsaikan /
dibuat /memang suka nak buat ( shopping la tu ). Agenda yang wajib iaitu menanda kertas exam final pelajar seakan - akan menjadi secondary pulak..sorry la anak - anak pelajar kesayangan semua ye...
Semalam setelah selesai menanda semua kertas exam..terasa kelegaan yang amat sangat..bukanlah rasa sebenar apabila result pelajar - pelajar kurang memberangsangkan..lega apabila tugas yang wajib itu dapat dilangsaikan..ringan bebanan sikit..mengisi masa lapang, saya chat di ruang Facebook...biasanya berborak dengan bekas pelajar..bertanyakan perkembangan mereka,furthur study dimana? macam mana life after MRSM.?..itu soalan rutin..tersenyum dan seronok apabila ada yang belajar dalam bidang - bidang yang hebat dan bersaing dengan mereka yang juga hebat di oversea..terasa segala penat lelah dan keringat yang tumpah dalam mendidik mereka,berbaloi jua...jangan ada yang terasa hati..bagi yang belajar di institusi tempatan, anda juga hebat sebenarnya..
Betullah kata sesetengah orang, pabila seseorang pelajar berjaya, itu adalah hasil usaha,ketekunannya belajar,membuat segala apa yang guru arahkan,mengulangkaji tanpa jemu dan pelbagai lagi...dan guru mungkin hadir hanya untuk membantu..tetapi jika pelajar itu gagal diluar sana,besar kesannya pada guru..salahkah guru dalam mendidik mereka?tidak pandaikah guru dalam membentuk mereka menjadi insan yang baik? Terkesima saya apabila ada pelajar yang saya kira 'agak keterlaluan' dalam berbicara diruang maya tanpa wajah dan suara ini..mungkin tanggapannya...'ala cikgu tak nampak dan tak dengar suara aku..bukannya malu pun...' kalaulah ini tanggapan yang ada,ternyata begitu cetek anda berfikir...tulisan tanpa suara itulah sebenarnya memberi impak yang amat besar terhadap sesiapa sahaja..kerana ianya adalah nyata!ada disana sehinggalah kita memadamnya..berlainan dengan suara yang didengar,dalam berapa jam sahaja mungkin sudah dilupakan bait - bait kata tersebut...
Tidak perlu rasanya saya nyatakan disini ayat demi ayat yang 'keterlaluan' itu..cukuplah kalau saya katakan amat tidak bersesuaian dan mungkin lebih tepat lagi jika saya katakan ia sebagai 'tidak sopan'..tidak selayaknya dia mengeluarkan ayat - ayat yang akhirnya hanya merendahkan nilainya sebagai orang pelajar yang baik suatu ketika dahulu..atau jika bukan dirinya yang difikirkan,malulah untuk 'berbicara' sedemikian dengan orang yang pernah dipanggil guru...yang lebih memeranjatkan saya, pelajar lelaki ini pada suatu ketika dulu seorang yang pemalu,sopan dan pintar..alangkah begitu mudah persekitaran merubah insan yang dulunya hampir sempurna,kepada seorang yang dipandangan saya telah hilang segala nilai baik yang bukan mudah dipupuk dan disemai sedari kecil lagi...menyalahkan ibubapa mungkin agak klise disini,sementelah lagi pelajar ini saya kira sudah menginjak usia 20-an yang bukan boleh dimarah dan dibentak lagi...
Lalu 'perbualan' yang berlangsung hampir 10 minit itu amat terkesan kepada saya hinggalah ke saat ini..mood asal yang mulanya lega dan seronok telah bertukar sebaliknya..terfikir pula saya seawal pagi tadi setelah terbangun dari tidur,gagalkah kita dalam mendidik,menyemai dan mengukuhkan nilai - nilai baik dalam diri pelajar sehingga sebegitu mudah ianya hilang dan pudar dek penangan pengaruh negatif yang datang mencucuk dari segenap sudut? atau mungkin ini salah satu amaran awal bahawa remaja diluar sana sudah hilang segan dan silunya dalam berbicara tanpa mengenal siapa...
kalau difikirkan kemungkinan,pasti banyak lagi kemungkinan yang memungkinkan perkara ini terjadi..mungkin ini satu kes terpencil,namun kesan dari tindakan ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan..mungkin juga mereka harus belajar mendidik diri mereka supaya tidak terus terpengaruh dengan anasir diluar sana..

No comments:
Post a Comment