Assalamualaikum....bersua kembali..rasa sangat lama tak ber'blog'...rindu betul nak menulis..tapi apa kan daya,tak sempat...masa seakan cemburu pulak..memang setiap hari seakan ada saje coretan yang nak dikongsi disini..tapi banyak pula perkara yang lebih penting yang harus didahulukan...
Petang tadi sambil berehat - rehat tatkala anak-anak melelapkan mata,panggilan telefon dari salah seorang rakan baik saya begitu mengujakan...Ros saya kenal sewaktu bersama - sama belajar di USM, sekarang seorang pendidik di utara tanahair,Ros seusia saya, sama - sama belajar di USM dalam jurusan yang sama dengan saya..sekarang mengajar 'foundation' untuk pelajar sebelum ke peringkat universiti. Dalam perbualan saya bersama Ros, banyak kenangan suka duka, pahit manis yang kami cuba kenang semula..mengimbau kembali zaman remaja la kononnya...dari kisah berkejar - kejar ke lecture hall ( kerana terlewat ) hingga lah kenangan bersama - sama jatuh motor ketika meronda - ronda di salah satu tempat di Penang...kalau dulu itu satu kenangan pahit yang tak ingin diingat semula,tapi bila dikenang semula sekarang, menjadi bahan lawak pula...
Bercerita tentang kerja, Ros berkongsi satu kenangan menarik..katanya ketika tahun pertama mengajar, salah seorang pelajar lelaki kelasnya mempunyai wajah seiras bekas teman lelakinya ketika di universiti dahulu,Kamil(bukan nama sebenar)Sudah pasti saya mengenali Kamil walaupun kami bukan coursemate..Diketika itu usia Ros dan pelajar itu cuma berbeza 6 tahun! Menurut Ros setiap kali memandang Farid, fikirannya pasti teringat Kamil dan sedikit sebanyak menjejaskan proses pengajarannya...lalu mengambilkira segala aspek dan mengelak dari sesuatu yang lebih jauh, Ros memohon untuk mengajar kumpulan pelajar yang lain...'bagus tindakan ko tu Ros,ko ni bukan boleh percaya..kang jatuh hati ngan student,lagi parah....hahhahaha....' gurau saya..
Kisah Ros mungkin sesuatu yang terpencil dikalangan guru - pelajar...tetapi apa yang menarik bagi saya,tindakan rakan saya itu sesuatu yang patut dipuji...dia tidak terus membiarkan dirinya 'hanyut' dalam dunia kenangannya, dan merosakkan masa depan pelajar yang dahagakan ilmu darinya...Kisah ini mungkin terlalu biasa dan pasti ada yang terdetik,kenapa dihalang perasaan yang mungkin wujud pada guru - pelajar ini?Meminjam kata - kata seseorang yang saya kagumi...' biarlah pelajar tu meneruskan dunianya yang pasti masih luas terbuka untuknya..dia akan berjumpa dengan seseorang dimasa depannya,jangan kita yang merosakkan masa depannya...' Bagi saya segalanya terpulang pada kewarasan sendiri..jika ini berlaku pada adik lelaki kita?...lantas..Tepuk dada, tanyalah hati..

No comments:
Post a Comment