Assalamualaikum....ketika ini saya sedang sangat sibuk menguruskan satu majlis yang bakal berlangsung di Kuantan pada hujung minggu ini..kelam kabut juga kerana banyak pula perubahan yang berlaku di saat - saat akhir..namun apa yang penting kerja haruslah terbaik dan biarlah semua pihak berpuas hati...
Sibuk dengan kerja sampingan itu,tidak membataskan saya untuk melakukan perjumpaan bersama kumpulan pelajar dibawah jagaan saya..( dalam sistem MRSM dikenali sebagai Keluarga Pelajar - Homeroom ) kesempatan yang diberi saya guna untuk mengupas beberapa isu yang selari dengan tahap kedewasaan dan kematangan mereka..apabila saya membawakan isu berpasangan ( coupling ), ada dikalangan mereka yang saya lihat tersipu - sipu, tunduk, memberi isyarat mata pada rakan disebelah dan tak kurang juga ada yang buat - buat tak dengar...ini yang membuatkan saya lagi curiga dengan mereka..
Apabila persoalan,perlu ke bercouple dizaman persekolahan?, saya utarakan, agak mengejutkan apabila ada yang lantang menjawab...perlu! Saya buat - buat berlagak tenang walaupun dalam hati dah bergelora geram dengan feedback yang baru diterima...Sebab apa perlu bercouple Aina?soal saya secara rawak...Untuk sama - sama belajar, beri semangat antara satu sama lain...sumber inspirasi..Saya lihat ada beberapa rakan Aina tidak setuju dengan pendapat peribadinya itu..tidak kurang juga ada yang bersetuju! Ohhh...semangat ye..sumber inspirasi?Apa jadi kalau tiba - tiba bergaduh, pasangan dah tak serasi, pasangan bertukar MRSM atau clash? apa jadi dengan semangat dan inpirasi yang kita cari tu? Worst case scenarionya ialah, what if kalau time tu kita nak final exam, or SPM ke....sanggup nak hampakan harapan parents?Panjang lebar juga saya berkhutbah..cuba membawa pelajar kesayangan saya diluar dari tempurung pemikiran mereka yang sangat sempit itu...Senyap seketika..berfikir mungkin!
Lalu saya bawakan satu kisah yang memang sangat segar dalam fikiran saya..kisah ini diceritakan sendiri oleh Mantan Pengarah suatu ketika dulu dalam satu kunjungan merasmikan satu majlis disini lebih 5 tahun dulu..Niat saya tidak lain tidak bukan adalah untuk menyedarkan mereka tentang satu hakikat yang tidak terjangkau oleh mereka. Tuan Pengarah memberi satu simulasi tentang seorang pemuda yang berada di sebuah gedung membeli belah, yang berniat untuk membeli sehelai baju kemeja...pastilah dia memilih dan mencuba pelbagai baju yang dilihat cantik dari segi warna, yang disentuh lembut tekstur kainnya, yang diteliti kemas jahitannya..sudah pasti juga dicuba berulangkali sehingga dia pasti pilihannya tepat..namun adalah mustahil untuknya membeli baju yang dicubanya tadi...pasti dia meminta baju lain yang masih berlipat kemas dan cantik di dalam plastik yang belum pernah dicuba oleh sesiapa..
Berbicara dengan pelajar yang saya kira sudah matang diusia 16 tahun itu, memerlukan kita melayan mereka seperti orang yang matang juga..tak perlu memberi sesuatu yang mereka sudah jelas dan maklum..itu merupakan pengulangan yang membosankan..memberi sesuatu yang tersirat, namun bermakna sudah cukup untuk memberi impak tentang cara mereka berfikir..lalu dalam hati kecil saya berkata,biarlah pertemuan singkat antara mereka ini sekurang - kurangnya memberi dimensi berbeza tentang coupling..jangan pulak nanti, yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..kan naya!

No comments:
Post a Comment